ALOR SETAR:Seorang pegawai polis berpangkat inspektor yang bertugas di Pulau Pinang direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes menyalahgunakan jawatannya untuk kepentingan diri pada penghujung September lepas.
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata, perbuatan berkenaan disyaki dilakukan lelaki berumur 33 tahun itu untuk menjatuhkan reputasi seorang lagi pegawai polis berpangkat inspektor dengan tuduhan berkhalwat.
"Suspek bersama seorang lagi pegawai polis berpangkat inspektor dan seorang lelaki awam dipercayai terlibat dalam kes ini yang bersubahat dengan seorang gadis berusia 16 tahun untuk memerangkap inspektor terbabit.
"Gadis ini diminta untuk membantunya memerangkap inspektor tersebut untuk ke sebuah bilik hotel di Georgetown, Pulau Pinang, dan apabila mangsa berdua-duaan, suspek memaklumkan kepada pejabat agama untuk membuat serbuan kesalahan khalwat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Shaharom Nizam berkata, suspek dipercayai menjanjikan wang sebanyak RM3,000 dan tidak akan mengambil tindakan terhadap gadis itu kerana pernah ditahan berkaitan pil ekstasi sebagai balasan untuk tindakan sedemikian.
Beliau berkata, suspek ditahan di pejabat SPRM kelmarin (1 Dis) pada 7.21 malam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 16 (b)(A) Akta SPRM 2009 manakala inspektor berusia 30 tahun bersama lelaki berusia 32 tahun yang turut ditahan SPRM dilepaskan dengan jaminan SPRM.
Inspektor dan lelaki yang dilepaskan itu ditahan secara berasingan yang masing-masing ditahan kelmarin dan semalam di pejabat SPRM Sungai Petani pada 7.35 malam dan 1 tengahari.-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 03 2020
Lelaki berumur 33 tahun itu didakwa menjatuhkan reputasi seorang lagi pegawai polis berpangkat inspektor dengan tuduhan berkhalwat. - Gambar hiasan
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Inspektor polis didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 16 tahun ditahan
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 16 tahun.
Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima wang suapan berjumlah RM4,000
Seorang anggota polis berpangkat inspektor mengaku tidak bersalah terhadap lapan pertuduhan menerima suapan berjumlah RM4,000 tiga tahun lepas.
Inspektor polis antara tujuh ditahan disyaki larikan lelaki Bangladesh
Seorang inspektor polis antara tujuh individu ditahan disyaki terlibat melarikan seorang lelaki warga Bangladesh dari sebuah rumah pada 10 Jan lepas.
Inspektor polis mengaku tidak salah rogol remaja
Tertuduh didakwa merogol remaja perempuan 16 tahun dengan kerelaan mangsa menggunakan kedudukan berkuasa dimilikinya.
Dakwaan rogol dalam lokap, reman Inspektor polis disambung
Tahanan reman ke atas seorang pegawai penyiasat narkotik berpangkat Inspektor disambung selama tiga hari bermula hari ini.
Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima rasuah RM1,500
Inspektor risikan di Jabatan Siasatan Jenayah IPK Perak itu membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim.
Inspektor polis direman empat hari bantu siasatan kes salah guna jawatan
Suspek didakwa menjatuhkan reputasi seorang lagi pegawai polis berpangkat inspektor dengan tuduhan berkhalwat.
Arwah sempat ucap selamat hari lahir kepada ibu
Ibunya, Ruziah Jaini berasa terkilan kerana tidak dapat melayan perbualan anak sulungnya itu menerusi panggilan telefon bimbit.
Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima rasuah RM3,000
Suapan itu sebagai dorongan bagi meringankan kesalahan seorang individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah pada Februari 2016.
Inspektor polis didakwa terima rasuah RM15,500 daripada seorang wanita
M. Krishnan, 33, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rozilah Salleh.